Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas kepada penjawat SOC bagi tahun 2025 telah berlangsung secara sederhana tetapi penuh bermakna pada 14 Januari 2025 di Bilik Mesyuarat Utama SOC.
Majlis ini menyaksikan kehadiran Mantan Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Hasbullah bin Omar; Mantan Pengerusi Program Sarjana Sains Keselamatan Siber, Dr. Khuzairi bin Mohd Zaini; serta Mantan Pengerusi Program BSc. (Hons.) Teknologi Maklumat, Dr. Shafinah Farvin binti Packeer Mohamed.
Barisan penjawat baharu yang menerima amanah bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan SOC adalah:
• Prof. Madya Dr. Mazida binti Ahmad sebagai Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa)
• Dr. Mohd. Nizam bin Omar sebagai Pengerusi Program Sarjana Sains Keselamatan Siber
• Dr. Wan Aida Nadia binti Wan Abdullah, sebagai Pengerusi Program BSc. (Hons.) Teknologi Maklumat
Majlis ini menjadi simbolik kesinambungan tanggungjawab dalam menerajui agenda strategik Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), sekaligus memperkukuhkan kedudukan SOC sebagai agensi teknikal utama Universiti Utara Malaysia (UUM).
Turut hadir, Dekan SOC, Prof. Dr. Osman Ghazali, bersama barisan penjawat SOC dan En. Mohamad Nazir Hamzah, yang bersama-sama menyaksikan detik penting ini.