TAHNIAH ATAS PERLANTIKAN SEMULA
19th March 2023
TAHNIAH ATAS KENAIKAN PANGKAT GRED DS54
19th March 2023
TAHNIAH ATAS KENAIKAN PANGKAT GRED DS54
11th January 2023
TAHNIAH PEMENANG-PEMENANG PECIPTA 2022, UUM
3rd November 2022
CONGRATULATIONS TO PROF. TS. DR. SUHAIDI HASSAN & HIS TEAM
30th October 2022
TAHNIAH TS. WAN HUSSAIN WAN ISHAK - PENERIMA GERAN IPIZ-LZNK
25th September 2022
TAHNIAH PENERIMA-PENERIMA SIJIL PENGHARGAAN SEMPENA SESI NAIB CANSELOR BERSAMA PENSYARAH SIRI 3/2022 (KOHORT A)
19th September 2022
TAHNIAH PENERIMA-PENERIMA SIJIL PENGHARGAAN SEMPENA SESI NAIB CANSELOR BERSAMA PENSYARAH SIRI 2/2022 (KOHORT B)
14th September 2022
TAHNIAH PROF. MADYA TS. DR. MOHAMAD FADLI ZOLKIPLI
7th September 2022
TAHNIAH PROF. TS. DR. AZHAM HUSSAIN
24th August 2022
TAHNIAH DR. MAWARNY MD. REJAB
24th August 2022
CONGRATULATIONS - 2022 MOHE FRGS RECEPIENTS
17th August 2022
CONSULTATION PROJECT - Prof. Ts. Dr. Azham Hussain
7th August 2022
CONSULTATION PROJECT - Ts. Dr. Nur Hani Zulkifli Abai & Dr. Mawarny Md. Rejab
19th July 2022
CONGRATULATIONS to Dr. Muhammad Syafiq & His Team
13th July 2022
TAHNIAH PROF. DR. KU RUHANA KU MAHMUD
8th March 2022
CONGRATULATIONS! CYBERSECURITY MALAYSIA GRANT
27th October 2021
TAHNIAH! PELANTIKAN BAGI PROJEK PERUNDINGAN
27th October 2021
CONRATULATIONS! BEST PAPER AWARD
27th October 2021
CONGRATULATIONS TO MS. NORAZIAH CHE PA
26th September 2021
TWO SOC RESEARCHERS SUCCESSFULLY RECEIVED INTERNATIONAL SOFTWARE TESTING PROFESSIONAL BODY RECOGNITIONS
15th August 2021
PENYELIDIK UUM RANGKUL BEST AWARD DAN GOLD AWARD – GIGIH BANTU ANAK DISLEKSIA
15th July 2019
SINTOK: Penangan Papan Sintok melayakkan Prof. Dr. Zulikha Jamaludin dan Prof Madya Dr Husniza merangkul Best Award dan Gold Award sekali gus muncul terbaik pada International Bujang Valley Innovation, Invention & Design Competition 2019 (BVIIEC), Dewan Perdana, UiTM, Kedah, baru-baru ini.
BVIIEC diadakan untuk mengukuhkan kerjasama antara akademia dan industri dalam membangunkan ekosistem inovasi untuk memastikan penciptaan pengetahuan, pembangunan bakat selain menyediakan platform dalam menyokong pengkomersilan idea dan kreativiti.
Menurut Zulikha, kejayaan ini berupa satu endorsement kepada kelebihan Papan Sintok dalam membantu pelajar, khususnya pelajar disleksia. Papan Sintok yang terbukti berkesan membantu murid juga mempunyai nilai pasaran yang tinggi.
“Penyertaan ini juga berupa strategi untuk memberi kesedaran kepada orang ramai dalam usaha membantu anak disleksia.
“Memanglah dalam meraih kejayaan apa pun banyak yang perlu diharungi. Namun sebagai penyelidik, kami tidak mudah mengalah.
“Dalam mereka bentuk versi ke 5 papan ini (bahan akrilik), kami lalui proses rumit, pengorbanan yang berbaloi, tak sangka pula Timbalan Menteri Kewangan Malaysia yang menyampaikan anugerah ini,” luahnya.
Produk inovasi Papan Sintok dicipta untuk murid disleksia belajar mengenal huruf, fonem, suku kata dan mengeja perkataan.
Jelasnya, reka bentuk visual Papan Sintok selain mematuhi garis panduan daripada kajian literatur ia juga berpandukan hasil penyelidikan terhadap Fitt’s Law, ciri huruf, warna huruf, warna latar, ruang aksara, ketebalan aksara dan bunyi pelatuknya.
“Kenapa Papan Sintok direka bentuk sedemikian rupa dengan fon yang khusus? Setiap anak adalah unik dan cara mereka belajar juga agak unik. Mereka memerlukan kaedah dan alat yang khusus juga. Namun seperkara ibu bapa dan guru perlu faham bahawa alat bantu bukanlah tongkat sakti yang boleh menyelesaikan semua masalah pembelajaran. Spektrum disleksia adalah luas. Kaedah membantunya juga pelbagai.” jelasnya.
Papan Sintok turut digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran murid disleksia di Inkubator Disleksia yang beroperasi di Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) sejak 2018.
Ujarnya, kaedah pengajaran berpusatkan murid fokus kepada strategi memantapkan kebolehan dan membaiki kelemahan mereka.
Silibus yang digunakan adalah kompilasi dari kajian dan silibus KSSR serta silibus antarabangsa untuk empat subjek yang diajar di Inkubator iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains & teknologi serta Matematik.
Menggunakan silibus, subjek, buku, alatan dan perisian sendiri, Inkubator boleh dianggap high-end dengan kelas yang kondusif dilengkapi komputer dan Toy’s Library. Persekitaran tersebut mencetuskan keseronokan pembelajaran sambil bermain tanpa murid menyedari bahawa mereka sebenarnya sedang belajar.
“Sambutan menggalakkan, kelas di adakan setiap hari kecuali Jumaat malah ramai yang datang tuition setiap Sabtu termasuk kanak-kanak sekolah aliran perdana,” singkapnya.
Disleksia adalah gangguan proses pembelajaran di mana murid sukar cam huruf atau perkataan. Kesilapan ejaan yang biasanya mudah dikenal oleh anak-anak biasa, sukar di kenal pasti oleh anak disleksia. Walau bagaimanapun, kelemahan ini tidak melibatkan kecerdasan akal fikiran mereka. Malah dalam beberapa segi, mereka lebih cerdas dari anak normal lain.
“Murid disleksia macam cap jari, cara mereka belajar dan sikap mereka tidak sama antara seorang dengan yang lain, itu yang menjadi cabaran.
“Hari ini kita bukan sahaja berdepan dengan murid yang bermasalah disleksia yang sukar membaca malah lebih daripada itu kerana ada yang datang dengan pelbagai kombinasi seperti disleksia dengan diskalkulia, disgrafia, ADHD, NVLD dan mild autism.
“Itulah cabarannya sebab mereka tak sama. Kita tidak akan dapat satu kaedah pengajaran yang sesuai untuk semua murid.One method fits all… itu tidak mungkin terjadi! Jadi kita perlu berusaha lebih sedikit untuk mencari kaedah sesuai dalam membantu mereka,” tambahnya yang turut menjalankan Bengkel Kesedaran dan Penerangan Disleksia bulanan di UUM sejak Februari 2019.
Di Inkubator Disleksia, kita lebih cenderung mengatakan kita yang teaching disable bukan murid yang learning disable bagi memotivasikan kita agar sentiasa mencari cara terbaik selain menggunakan alat bantu mengajar terkini.
Hasil kesungguhan pasukannya dengan kerjasama Persatuan Disleksia Malaysia, yang diketuai oleh Cikgu Zulkefli @ Zulkifli Bin Hassan dan Cikgu Mohamad Shibly Bin Hassan, mereka teruja apabila majoriti ibu bapa yang menghantar anak ke Inkubator Disleksia mengakui banyak perubahan dan peningkatan yang menggembirakan mereka.
“Saya tanya secara peribadi, mereka boleh nampak berapa lama hantar anak ke sekolah selama ini tiada peningkatan tetapi di sini anak mula menunjukkan peningkatan.
“Biasalah di sekolah, guru berdepan dengan murid-murid yang ramai tetapi di sini guru boleh fokus dan menggunakan teknik pengajaran yang berkesan dengan sokongan buku khas disleksia, Papan Sintok dan perisian komputer seperti BacaDisleksia, dan BacaMax, selain MyLexic.
“Kita harap boleh bantu orang ramai dengan memastikan setiap hasil penyelidikan bukan sekadar tersenarai dalam jurnal berwasit tetapi juga sampai kepada komuniti dan memberi kesejahteraan kepada orang sekeliling, seiring dengan moto makmal kami, Reinventing Giving.
“Harapan kami semoga inkubator ini menjadi pusat kecemerlangan dan tempat rujukan disleksia yang tersohor di peringkat Asia Tenggara,” luahnya mengakhiri perbualan.
Bagi ibu bapa yang berminat menghantar anak disleksia ke Inkubator Disleksia atau untuk mengikuti bengkel ibu bapa dan guru pada 29 Jun ini, sila hubungi Profesor Dr Zulikha, Profesor Madya Dr. Husniza, Dr. Khuzairy di talian 04-928 5207 atau Cikgu Zulkifli di talian 019-909 5420.