NEWS

School of Computing

Kenali Personaliti, Tingkatkan Profesionalisme: Program MBTI di SOC

mbti

Oleh : Mak Jia Min, Siti Nur Fazira & Siti Normaisarah (Kaunselor Pelatih SAPSP)

Pusat Pengkomputeran (SOC), 13 Januari 2025 – Program "Kenali Diri, Kenali Mindamu" telah berjaya dianjurkan di Bilik Mesyuarat Utama SOC dengan penyertaan seramai 20 kakitangan Pusat Pengkomputeran. Program ini bertujuan membantu peserta mengenali potensi dan memahami personaliti diri mereka melalui interpretasi ujian Myers-Briggs Type Indicator (MBTI), alat psikometrik yang diiktiraf di peringkat global.

Dikendalikan oleh Siti Hajjar Atiqqah, Kaunselor Pelatih dari Pusat Kaunseling Universiti Utara Malaysia (UUM), program ini memberikan peluang kepada peserta untuk mendalami jenis personaliti masing-masing, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri, serta memahami implikasinya terhadap keberkesanan kerja dan hubungan profesional. Dalam ceramahnya, Siti Hajjar menjelaskan bahawa “Setiap tahun, antara 1 hingga 3 bilion individu di seluruh dunia menggunakan MBTI untuk memahami diri mereka dengan lebih baik.”

Program ini melibatkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk ceramah, sesi soal jawab, dan perbincangan interaktif. Peserta diberi pendedahan tentang bagaimana pemahaman mendalam terhadap personaliti dapat memperbaiki komunikasi interpersonal, meningkatkan produktiviti, dan mencipta hubungan kerja yang lebih harmoni. Ujian MBTI juga memberikan panduan kepada kakitangan dalam menyesuaikan diri dengan keperluan kerja, selain membantu mereka mencapai keseimbangan antara kehidupan peribadi dan profesional.

Penganjuran program ini diharapkan memberi impak positif kepada kakitangan SOC, dengan membantu mereka mengenal potensi diri secara lebih mendalam. Ia juga menyokong inisiatif pembangunan modal insan yang bertujuan memperkukuhkan kesedaran diri, keupayaan komunikasi, dan mewujudkan kerjaya yang lebih bermakna serta produktif.

Please publish modules in offcanvas position.