NEWS

School of Computing

INNOVATE-IT 2.0: PLATFORM KREATIVITI DAN INOVASI PELAJAR TEKNOLOGI MAKLUMAT

innovate

Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), 7 Januari 2025Innovate-IT 2.0, sebuah pameran inovasi berprestij, menjadi platform untuk mempamerkan hasil karya kreatif dan teknologi terkini oleh pelajar Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) dan Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) tahun akhir.

Acara ini menampilkan sebanyak 82 projek inovatif, yang merangkumi:
30 projek hasil pelajar B.Sc. IT (Kepujian)
52 projek hasil pelajar B.Sc. Sains Komputer (Kepujian)

Innovate-IT 2.0 bertujuan untuk menyediakan ruang bagi pelajar menunjukkan kebolehan mereka dalam menyelesaikan cabaran teknologi masa kini, selain menyerlahkan potensi mereka sebagai pelapis industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

“Kami sangat berbangga dapat mempamerkan hasil usaha keras dan kreativiti pelajar kami. Innovate-IT 2.0 adalah bukti dedikasi mereka dalam membangunkan penyelesaian inovatif yang relevan dengan keperluan industri semasa,” kata Prof. Dr. Osman Ghazali, Dekan Pusat Pengajian Pengkomputeran.

Acara ini membuka peluang kepada pelajar dan warga SOC untuk melihat projek-projek inovasi secara langsung, sekali gus memberi inspirasi kepada generasi seterusnya untuk terus meneroka dunia teknologi yang dinamik.

Please publish modules in offcanvas position.