NEWS

School of Computing

IOT DAN ROBOTIK: INSPIRASI TEKNOLOGI UNTUK GENERASI MUDA

padanghang

Pusat Pengajian Komputeran (SOC), Universiti Utara Malaysia (UUM), telah menerima kunjungan daripada Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga Padang Hang pada 8 Disember 2024. Lawatan ini melibatkan para pelajar sekolah yang diiringi oleh sembilan (9) orang guru pengiring.

Rombongan disambut mesra di Anjung Tamu sebelum meneruskan program di Dewan Seminar UUM CAS. Delegasi tersebut turut diiringi oleh Dr. Baharudin Bin Osman, yang seterusnya membawa mereka melawat Makmal MCMC Makerspace Lab selepas sesi taklimat oleh Encik Ahmad Hanis Bin Mohd Shabli.

Sepanjang program, pelajar diberi pendedahan kepada Internet of Things (IoT) dan teknologi robotik. Sesi ini mendapat sambutan hangat daripada pelajar, yang menunjukkan minat mendalam serta memberikan maklum balas yang positif kepada penceramah. Malah, mereka berjaya menjawab soalan berkaitan IoT dengan tepat, menonjolkan kefahaman yang baik tentang topik yang dibincangkan.

Secara keseluruhan, program ini telah berjaya mencapai matlamatnya dalam memperkenalkan teknologi IoT dan robotik kepada pelajar sekolah, sekaligus memupuk minat mereka dalam bidang teknologi masa hadapan.

Please publish modules in offcanvas position.