Oleh: Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC)
Isnin, 23 September 2024, Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) telah berjaya menyelesaikan sesi Auditan EKSA bagi tahun 2024. Audit ini diketuai oleh Puan Siti Hajar Binti Mat Isa dari PPQA, bersama empat juruaudit lain: Puan Siti Nadia Binti Rusli dari SLCP, Puan Anith Raihana Binti Zahari dari PPQA, Puan Nadia Binti Idrus dari UK, dan Puan Nur Hafidzoh Asyiqin Binti Ahmad dari PSB.
Sudut Go Green dan Kitar Semula SOC merupakan satu-satunya sudut Go Green di Zon Serai (6) yang diaudit pada hari ini.
Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para juruaudit yang hadir, dan komited untuk mengambil tindakan segera terhadap semua teguran serta penambahbaikan yang disarankan.