NEWS

School of Computing

34 STAF UUM TERIMA WATIKAH KENAIKAN PANGKAT

34stafnaikpangkat

Oleh: Nordiana Shafiee
Gambar oleh: Hairul Nizam Zahari

SINTOK: Seramai 34 staf Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima watikah kenaikan pangkat bagi staf akademik dan pentadbiran.

Watikah tersebut disampaikan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan dan diringi Pendaftar, Ahmad Rasidi Abdullah di Bilik Mesyuarat Naib Canselor, pagi tadi.

Daripada jumlah tu, seramai 10 pensyarah menerima kenaikan pangkat kepada profesor madya (DS54), tujuh pensyarah kanan (DS52), enam guru bahasa (DG52), tiga guru bahasa (DG48) dan tujuh guru bahasa (DG44).

Turut menerima kenaikan pangkat merupakan seorang staf pentadbiran gred N54.

Timbalan Pengarah UUM Press, Rosma Ishak berkata, kenaikan pangkat itu adalah satu penghargaan yang sangat bermakna baginya dan beliau amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh pihak pengurusan dan rakan-rakan sejawat.

“Sebagai seorang yang telah lama berkhidmat dalam organisasi ini, saya sedar bahawa perjalanan untuk sampai ke tahap ini bukanlah mudah. Banyak cabaran yang telah ditempuh dan setiap kejayaan yang dicapai adalah hasil usaha kolektif kita semua.

“Pengalaman ini telah mengajar saya bahawa kejayaan tidak akan datang tanpa kerja keras, kesabaran dan kerjasama daripada semua pihak,” katanya yang menerima kenaikan ke gred N54.

Sementara itu, Guru Bahasa, Shahrul Niza Said melahirkan rasa gembira atas kenaikan pangkat tersebut dan lagi menggembirakan apabila beliau menerimanya bersama suami, Zahril Anwar Malek Abdol Hamid dari Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP).

Beliau juga berterima kasih atas keprihatinan pihak universiti memberikan pengiktiarafan kepada staf kerana sesungguhnya penghargaaan ini memberikan kekuatan dan motivasi untuk beliau terus bekerja keras dan lebih keras lagi demi Ilmu Budi dan Bakti.

Kedua-dua mereka menerima kenaikan DG52 dan berharap ia menjadi pemangkin untuk terus menyumbang kepada universiti.