NEWS

School of Computing

"Flavors of Future" Gabungan Kulinari dan AI

Kulinari n AI

Oleh: Dr. Nur Suhaili Mansor

SINTOK: Program ‘Flavors of Future’ adalah salah satu program yang menggabungkan antara dua bidang iaitu kulinari dan Artificial Intelligence (AI).

Program ini adalah hasil kerjasama daripada pihak Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), Universiti Utara Malaysia bersama Suan Dusit University.

Dekan SOC, Prof. Dr. Osman Ghazali berkata, program ini adalah salah satu program dalam program mobiliti Suan Dusit Universiti ke UUM.

“Saya berharap agar hasil daripada program yang dilakukan ini dapat membuka mata pelajar bahawa penglibatan teknologi AI dalam bidang kulinari adalah salah satu langkah yang baik untuk masa hadapan.

“Program seperti ini juga akan diadakan lagi bagi merapatkan lagi hubungan antara dua buah universiti ini dan membuka peluang untuk menimba ilmu sebanyak yang boleh,” katanya.

Program ‘Flavors of Future’ dihadiri oleh 50 peserta gabungan dari kedua-dua buah universiti termasuk pensyarah.

Please publish modules in offcanvas position.