Oleh: Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC)
Pada 16 Julai 2024 (Selasa), Jawatankuasa EKSA Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) telah diberi pendedahan menyeluruh mengenai Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh pihak Pusat Pengurusan Kualiti dan Akreditasi (PPQA) yang diwakili oleh Pengurus PPQA Dr. Nur Syazwani binti Mohd Nawi, Puan Wan Yusnita binti Megat Saad dan Puan Nik Haziatul Shima binti Nik Hassan.
Banyak input dan idea yang diberi oleh Dr. Nur Syazwani dalam taklimat ini dan pendedahan serta perkongsian ini dianggap sebagai ‘refreshment’ kepada staf SOC untuk memastikan perlaksanaan EKSA di pusat tanggungjawab dapat dilaksanakan.
Ketua Penolong Pendaftar SOC, Muhamad Nazir Bin berkata, sesi ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas serta mendapatkan contoh pelaksanaan EKSA oleh pihak PPQA. Perbezaan antara Amalan 5S dan EKSA telah terjawab dan menghilangkan semua kekeliruan sebelum ini.
SOC berada di Zon 6 yang dinamakan Zon Serai yang diketuai oleh Dr. Za'im Bin Ahmad selaku Pengarah Pusat Kokurikulum. Persiapan aktiviti amalan EKSA SOC akan dilakukan secara berterusan sebelum tempoh Audit Dalaman EKSA mulai 1 – 30 September 2024.