NEWS

School of Computing

PROGRAM “BENGKEL PERNIAGAAN SECARA KREATIF MELALUI MEDIA SOSIAL” MASJIDA JAME’ BADLISHAH, YAN

bengkel1

SOC: Bengkel Perniagaan Secara Kreatif Melalui Media Sosial merupakan program kolaborasi antara Universiti Utara Malaysia melalui SOC dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Albukhary International University (AIU), Pejababat Penghulu Yan dan Jawatankuasa Masjid Jame’ Badlishah, Yan telah dilaksanakan pada 20 -21 Januari 2024 di Masjid Jame’ Badlishah, Yan, Kedah.

Seramai 50 peserta telah menyertai program ini termasuk ibu tunggal dan penduduk setempat. Diharap program sebegini dapat diadakan di sekitar kawasan luar bandar untuk memberikan ruang dan peluang kepada penduduk sekitar untuk membangunkan perusahaan kecil dan sederhana setempat. Program ini turut memindahkan pengetahuan berkenaan pemasaran secara digital kepada komuniti Yan yang terlibat dan meningkatkan visibiliti perniagaan baru dan perniagaan sedia ada bagi komuniti yang terlibat.