NEWS

School of Computing

IOT TALK BY MCMC-UUM MAKERSPACE LAB

iotTalk

SOC: Program IOT Talk by MCMC-UUM MAKERSPACE LAB telah diadakan pada 25 Jun 2024 sempena Majlis Syarah Pengukuhan Profesor, Prof. Dr. Huda Bt Haji Ibrahim.

Penyertaan seramai 30 orang wakil terdiri daripada para pensyarah dan pelajar daripada Faculty Of Electronic Engineering & Technology UNIMAP serta Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) disambut baik oleh Encik Suwannit Chareen Chit a/l Sop Chit.

Semua pelajar yang hadir sangat berminat dan teruja dengan penerangan dan demonstrasi yang diberikan oleh Mr. Chareen. Antaranya pelajar antarabangsa daripada KUIPs menyatakan bahawa beliau mendapat lebih informasi melalui perkongsian yang diberikan dan menyatakan hasrat akan melakukan latihan praktikum di makmal tersebut nanti.