NEWS

School of Computing

SOC PERKUKUH USAHA TINGKATKAN PENCAPAIAN PELAN STRATEGIK

socpenang

Berita dan Gambar Oleh : SOC

SOC ONLINE: BATU FERRINGHI, PULAU PINANG – Jumlah keseluruhan peserta yang hadir seramai 43 Penjawat, Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa serta staf pentadbiran Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), Universiti Utara Malaysia terlibat secara langsung dalam Bengkel Pemantapan Pelan Strategik dan Hala Tuju Pusat Pengajian Pengkomputeran bagi Tahun 2024 di Bayview Beach Resort, Batu Ferringhi, Pulau Pinang yang telah berlangsung pada 28 hingga 30 April 2024 lalu.

Dekan Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), Prof. Dr. Osman Ghazali berkata, objektif utama bengkel ialah memastikan jawatankuasa dapat meningkatkan pencapaian pusat pengajian untuk semua teras dalam Pelan Strategik 2024 kerana penubuhan jawatankuasa adalah pemangkin kepada pencapaian matlamat dan sasaran organisasi khasnya universiti am.
Penyediaan halatuju atau roadmap sangat penting dalam membantu pengurusan pusat pengajian menyelaraskan pelaksanaan program mengikut jawatankuasa serta dapat membuahkan semangat saling bantu membantu antara jawatankuasa bagi mencapai hasrat universiti.

Menurutnya, penyediaan maklumat berkaitan perancangan serta pelan tindakan yang perlu dilaksanakan oleh jawatankuasa, merupakan satu titik tolak paling penting untuk memperkasakan KPI Pelan Strategik SoC demi pencapaian yang lebih tinggi dan membentuk organisasi terbaik.

Selain itu, roadmap itu bertujuan untuk meningkatkan usaha kolaborasi bersama pihak luar.

“Setiap jawatankuasa perlu memastikan perancangan program/aktiviti yang disusun sepanjang tahun dapat dijalankan mengikut garis masa dan objektif yang ditetapkan”, katanya.

Bengkel dioperasikan selama 3 hari 2 malam telah dikendalikan oleh tiga (3) Timbalan Dekan dengan kerjasama semua Pengerusi Jawatankuasa Kecil SOC.

Semasa bengkel tersebut dilaksanakan, setiap kumpulan jawatankuasa perlu membuat pembentangan aktiviti mengikut teras yang telah ditetapkan iaitu Teras 1 hingga Teras 6 berdasarkan Indeks Petunjuk Utama (KPI) jawatankuasa itu sendiri.

Bengkel ini bukan sahaja dapat membentuk imej yang lebih positif dan efektif serta meningkatkan semangat kerja berpasukan bagi mencapai objektif organisasi dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama staf malah menjadi pencetus kepada penjanaan kewangan pusat pengajian melalui pengemblengan sumber-sumber berpotensi.