NEWS

School of Computing

"AI EXPOSURE FOR EDUCATORS - STEM + AI: BETTER TOGETHER"

AIExposure

Oleh : Noor Aina Norrdin
Gambar oleh : SOC

SOC: Sempena Majlis Syarah Pengukuhan Profesor Prof. Dr. Suhaidi B Hassan pada 20 Februari 2024, SOC (School of Computing) telah menganjurkan seminar khas kepada Muafakat Duta Guru bertajuk "AI EXPOSURE FOR EDUCATORS - STEM + AI: BETTER TOGETHER".

Penyertaan seramai 19 orang wakil terdiri daripada para guru sekolah dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Kedah serta IPG Kampus Darulaman dan Kampus Sultan Abdul Halim disambut baik oleh Prof. Madya Dr. Husniza binti Husni selaku Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi SOC.

Seminar yang penuh dengan penjelasan dan pemahaman mengenai teknologi Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI) ini disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Azizi Ab Aziz. Menurutnya, beliau bersetuju bahawa sektor pendidikan sudah bersedia menerima gelombang AI. Namun begitu perbincangan diperlukan mengenai cara-cara untuk mengintegrasikan AI ke dalam sistem pendidikan secara berkesan

Seorang guru dari SMK Dato' Bijaya Setia, Puan Marzuliana Muhktar menyatakan seminar tersebut sangat bermanfaat untuk para pendidik. “Walaupun kehebatan AI tidak boleh menggantikan guru, namun ia boleh membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang lebih cekap dan efisien kepada pelajar”, ujarnya

Program ini diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta dan telah berjaya mencapai matlamatnya dalam memperkasa para pendidik dan tenaga pengajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan dalam bidang teknologi, serta memupuk minat mereka untuk terus meneroka dan mendalami dalam bidang ini.

Please publish modules in offcanvas position.