NEWS

School of Computing

INDUSTRIAL TALK: PELBAGAI INDUSTRI TEKNOLOGI DIGITAL BERKONGSI KEPAKARAN BERSAMA KOMUNITI SOC

12

Anjuran: Google Developer Student Clubs Universiti Utara Malaysia (GDSC)
Gambar: SOC

29 Mei 2024: Bersempena Karnival SOC, Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) telah berkolaborasi dengan pelbagai industri dalam bidang teknologi digital di Malaysia iaitu Dell, Strateq, Finexus dan Mattel bagi mengadakan ‘Industrial Talk’.

Program ini telah dihadiri oleh para staf dan pelajar-pelajar tahun akhir dari SOC. Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni SOC, Prof Madya Ts. Dr. Mohamad Fadli Zolkipli dijemput untuk memberi sedikit ucapan di samping merasmikan program ini. Dalam ucapan beliau, beliau mengharapkan agar program ini dapat membantu pelajar mendapat gambaran awal berkenaan peranan teknologi digital seperti Kepintaran Buatan secara lebih praktikal dalam persekitaran pekerjaan sebenar. Di samping itu juga, pelajar mendapat maklumat berkenaan peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat tersebut.

Program ini diharapkan dapat menghubungkan pelajar SOC dengan pengamal industri yang berpengalaman dan mempersiapkan pelajar dengan kemahiran digital yang diperlukan sebelum memasuki alam pekerjaan.