NEWS

School of Computing

Opening of UI/UX Design Hackathon with CDX BIMB dan SOC CONNECT with BIMB (Career Talk)

11

Anjuran: Google Developer Student Clubs Universiti Utara Malaysia (GDSC)
Gambar: SOC

29 Mei 2024: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah dijemput oleh Universiti Utara Malaysia melalui Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) untuk menjayakan program SOC Connect with BIMB (Career Talk) dan UI/UX Design Hackathon with CDX BIMB.

SOC Connect with BIMB (Career Talk) ini bertujuan untuk memberikan informasi karier, membantu pengambilan keputusan, memotivasi dan menginspirasi, mengembangkan kemahiran profesional, meningkatkan kesedaran pasaran kerja, memperluas rangkaian profesional, dan meningkatkan keyakinan diri peserta dalam merencanakan dan mengejar karier yang sesuai dengan minat dan kemahiran para pelajar tahun akhir SOC.

Program kedua yang dianjurkan oleh pihak CDX BIMB pula ialah UI/UX Design Hackathon. Ia adalah program yang mempertemukan para pereka, pembangun, dan profesional kreatif untuk berkolaborasi dalam mencipta prototaip inovatif yang berfokus pada antara muka dan pengalaman pengguna dalam waktu yang singkat, sambil meningkatkan kemahiran, membina rangkaian, dan bersaing secara sihat.

Program-program ini telah dihadiri oleh komuniti SOC dan pelajar serta staf Universiti Utara Malaysia (UUM). Assoc. Prof. Ts. Dr. Mohamad Fadli Zolkipli, Timbalan Dekan Pelajar dan Alumni SOC, berkata dalam ucapan perasmiannya bahawa beliau berharap agar program yang dibuat ini dapat membuka mata para pelajar bagi menentukan arah perjalanan karier mereka selepas tamat pengajian di UUM.

Dengan adanya program kolaborasi bersama pihak industri ini, diharapkan para pelajar tahun akhir mendapat pencerahan tentang pengetahuan dan kemahiran industri yang diperlukan untuk karier mereka akan datang.