NEWS

School of Computing

KARNIVAL SOC SEIRINGKAN TEKNOLOGI DENGAN BUDAYA

7b

Anjuran : MPP SOC, I-Tech UUM dan Google Developer Student Clubs Universiti Utara Malaysia (GDSC)
Gambar : SOC

27 Mei 2024: Pusat Pengajian Pengkomputeran, 26 Mei 2024 – Karnival School of Computing (SOC) merupakan platform pelbagai program yang menyatukan teknologi dan sosio ekonomi serta budaya setempat merangkumi program Malam Retro & Busker dan SOC Cultural Day anjuran bersama MPP SOC dan I-Tech UUM.

Program-program ini diadakan bersempena Karnival SOC selama 5 hari bermula pada Ahad, 26 Mei 2024 sehingga Khamis, 30 Mei 2024. Sepanjang program-program ini berlansung semua warga Universiti Utara Malaysia terutamanya para pelajar dan staf pentadbiran dan akademik SOC telah hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut.

Tujuan utama program ini adalah untuk merapatkan jurang teknologi dan sosio ekonomi serta budaya setempat. Selain itu program ini juga diadakan untuk meraikan kepelbagaian budaya, mempromosikan gaya hidup sihat, menyokong serta mencungkil bakat pelajar, dan membina hubungan sosial melalui gabungan makanan, persembahan, permainan tradisional, dan aktiviti budaya yang meriah.

7c