NEWS

School of Computing

MAJLIS ANUGERAH DEKAN SEMESTER A231 DAN SOC INTERNATIONAL PARTNERS WEBINAR

6

Anjuran : MPP SOC dan Jawatankuasa MoU, MoA & Pengantarabangsaan
Gambar : SOC

27 Mei 2024: Majlis Anugerah Dekan merupakan satu acara yang penuh dengan kebanggaan dan penghargaan kepada pencapaian cemerlang dalam bidang akademik da sahsiah pelajar. Program ini dianjurkan oleh pelajar MPP SOC yang diketuai oleh saudara Muhammad Hafeez Bin Ilias (292892) sempena Karnival SOC 2024. Sebanyak tujuh (7) penerima Anugerah Khas diperkenalkan mulai Semester A231 yang terdiri daripada Ikon Pelajar. Berikut adalah nama penerima Anugerah Khas yang telah dipilih secara undian oleh semua pelajar SOC:

Pelajar Terbaik Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC): Muhammad Syafiq Bin Azhari 289869
Ikon Pelajar Teknologi Maklumat: Isac Russell Paulbert A/L Robert 297454
Ikon Pelajar Sains Komputer: Dayang Fatimah Binti Zaki 288228
Tokoh Keusahawanan: Nur Ain Najwa Binti Muhammad Zakwan (293289)
Tokoh Kepimpinan: Farah Adelia Binti Nor Azlishan (294652)
Tokoh Kesukanan: Puteri Farah Diba Natasha Binti Zakaria (297572)
Tokoh Kokurikulum: Maithilly A/P Partiban (300927)

Semasa majlis berlangsung satu Webinar diadakan secara serentak melalu iaplikasi webex yang dihoskan oleh Dr. Nik Fatinah Nik Mohd Farid bertajuk SOC International Partners Webinar anjuran Jawatankuasa MoU, MoA & Pengantarabangsaan. Webinar ini disasarkan kepada rakan sekerja yang mencari peluang untuk mobiliti kakitangan, penerbitan dan geran penyelidikan di Eropah. Kami telah menjalin kerjasama dengan beberapa universiti EU melalui Erasmus Plus, serta rakan kongsi jiran di Indonesia dan Thailand.

Di samping itu, akan ada sesi perkongsian pelajar yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar kami tentang faedah mengalami mobiliti di luar negara. Sesi ini akan disiarkan kepada pelajar yang menyertai Majlis Anugerah Dekan.