NEWS

School of Computing

Ambil Tahu Cara Melakukan CPR, Boleh Buat Dalam Keadaan Kecemasan! Apakah CPR?

5

Anjuran : Jawatankuasa Risiko, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan SOC
Gambar : SOC

27 Mei 2024: Apakah CPR?

Maksud CPR ialah Cardio-Pulmonary Resuscitation adalah kaedah pertolongan cemas berfungsi untuk mengembalikan pengaliran darah dan kadar oksigen yang mencukupi ke paru-paru, otak dan organ-organ penting yang lain.

Sempena Karnival SOC, semua warga SOC yang terdiri daripada staf akademik dan pentadbiran serta pelajar telah diberikan pendedahan mengenai apa itu CPR, apa yang perlu anda tahu sebelum melakukan CPR dan juga kaedah CPR yang betul.

Sesi taklimat dan demonstrasi yang disampaikan oleh Encik Mohd Norazlan Bin Abu Bakar wakil daripada Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kedah amat jelas dan sangat membantu para peserta.

Menurut beliau, semua orang awam boleh melakukan CPR sekiranya berlaku kemalangan tetapi dengan syarat jangan panik dan hendaklah melakukan bantuan dengan tenang dan menggunakan kaedah yang betul.

“Melakukan CPR dengan kadar yang segera boleh meningkatkan peluang mangsa untuk hidup sehingga dua ke tiga kali ganda lebih tinggi” katanya.

Program ini bukan sahaja memperlihatkan komitmen peserta untuk mengetahui ilmu tentang CPR dan mengetahui teknik melakukannya sebagai langkah awal untuk menyelamatkan mangsa sementara menunggu kakitangan terlatih atau paramedik tiba di tempat kejadian tetapi juga menunjukkan kepentingan pertolongan cemas adalah untuk menyelamatkan nyawa mangsa, mengurangkan kesakitan mangsa, dan mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk.