Anjuran : I-Tech UUM
Gambar : SOC
27 Mei 2024: Dewan Seminar Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) dipenuhi dengan pelajar dan pensyarah yang hadir bagi menyertai bengkel dan pertandingan Figma yang dianjurkan oleh pelajar I-Tech UUM yang diketuai oleh saudari Nur Zulaikha Binti Mohd Raimee (291312) sempena Karnival SOC.
Acara ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mempertingkatkan kemahiran reka bentuk UI/UX (User Interface/User Experience) dalam kalangan pelajar serta mencungkil bakat kreatif mereka melalui pertandingan reka bentuk. Bengkel yang berlangsung selama sehari ini dimulakan dengan sesi pengenalan kepada perisian Figma oleh seorang pelajar yang berpengalaman dalam bidang reka bentuk digital.