NEWS

School of Computing

"WORKSHOP IoT BY MCMC-LAB" dan CRACK THE CODE

3

Anjuran: Google Developer Student Clubs Universiti Utara Malaysia (GDSC)
Gambar: SOC

26 Mei 2024: Penyertaan luar wakil daripada Kolej Komuniti Bandar Darul Aman dan wakil Akademi Binaan Malaysia (Utara) serta wakil dari Pusat Asasi Pengurusan UUM telah menyertai program "Crack the Code & Workshop IoT by MCMC-UUM MakerSpace Lab" anjuran Google Developer Student Clubs Universiti Utara Malaysia (GDSC) yang diketuai oleh saudara Muhammad Syafiq Azhari (289869).

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang pengaturcaraan dan Internet of Things (IoT). Acara dimulakan dengan bengkel "Crack the Code" di mana para pelajar diberi pendedahan tentang asas-asas pengaturcaraan dan penyelesaian masalah kod. Aktiviti ini menguji keupayaan pelajar untuk menganalisis dan menyelesaikan pelbagai cabaran pengaturcaraan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Please publish modules in offcanvas position.