NEWS

School of Computing

E-SPORTS TOURNAMENT: MOBILE LEGEND BANG BANG

2

Oleh : MPP SOC
Gambar oleh : SOC

SOC ONLINE, 26 MEI 2024 – Mobile Legend Bang Bang ialah permainan video mudah alih berjenis multiplayer online battle arena (MOBA) yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Moonton, sebuah anak syarikat ByteDance.

Pihak Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) telah menganjurkan sebuah pertandingan e-sports bersempena Karnival SOC yang diadakan baru-baru ini. Program ini berlangsung selama 4 hari bermula 26 Mei 2024 sehingga 29 Mei 2024.

Program ini telah dihadiri oleh Assoc. Prof. Ts. Dr. Mohamad Fadli Zolkipli, Student Affair & Alumni sebagai perasmi dan para pelajar Universiti Utara Malaysia.
Tujuan dari pertandingan Mobile Legends: Bang Bang adalah untuk memberikan pengalaman sukan digital yang mendorong persaingan sihat, memperkuat kolaborasi kumpulan dan mengembangkan kemampuan berfikir aras tinggi melalui digital platform.

Dalam ucapan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni SOC, Prof. Madya. Ts. Dr. Mohamad Fadli Zolkipli, beliau berharap program ini dapat memberi peluang kepada para pelajar menunjukkan kebolehan minat mereka dalam bidang e-sport secara beretika.

Kami juga berharap agar program-program seperti akan berterusan diadakan untuk Karnival SOC akan datang dan mengharapkan penyertaan para pelajar Univerisit Utara Malaysia lebih ramai lagi agar karnival SOC yang akan datang lebih meriah.