UUM ONLINE: Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) UUM yang mempunyai pengalaman dalam mengaplikasikan sistem Internet of Things (IoT) berjaya menjadi inspirasi kepada para pelawat yang hadir dari pelbagai institusi dalam dan luar negara.
Baru-baru ini, SOC menerima kunjungan pelajar dan pegawai dari Kolej Vokasional Seberang Perai (KVSP).
Kehadiran mereka disambut ke MCMC Makerspace Lab oleh Ahmad Hanis Mohd Shabli yang memberi taklimat berinformasi mengenai IoT termasuk pengoperasian dan perkhidmatan Makerspace Lab keseluruhannya.
IoT ialah konsep di mana objek fizikal dan sambungan internet untuk mengumpul dan bertukar data secara automatik. Ini membolehkan objek ini berkomunikasi dan berinteraksi dengan pengguna, peranti lain dan sistem secara pintar tanpa campur tangan manusia secara langsung.
IoT mencipta ekosistem di mana pelbagai objek boleh berkomunikasi, berkongsi data dan bekerjasama untuk mencipta penyelesaian yang lebih bijak, lebih cekap dan bersambung dalam pelbagai bidang seperti rumah pintar, penjagaan kesihatan, pengangkutan, dan pembuatan.
Fungsi dan peranan Makerspace Lab adalah untuk memastikan pelajar memahami penggunaan IoT, Mesin CNC, Mesin 3D serta bagaimana untuk menghasilkan objek 3D, pembangunan software seperti menggunakan Flutter, pengunaan Drone dan Robot.
Pada kunjungan ini rata-ratanya sangat teruja apabila dapat melihat robot yang bergerak hanya melalui telefon pintar serta hasil objek 3D yang menggunakan mesin 3D dan kelengkapan fasiliti Makerspace Lab.