NEWS

School of Computing

SOC LAKSANAKAN UJIAN PROFILING UNTUK SEMUA STAF PENTADBIRAN

profiling

Semua staf pentadbiran SOC telah menjalani Ujian Profiling pada 18 Januari 2024 yang dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Shahrul Azmi bin Mohd. Yusof bertempat di Bilik Mesyuarat Utama SOC.

Melalui ujian ini setiap individu dapat dinilai dari segi karektor dan peribadi masing-masing melalui 50 soalan Quality Talent Plus (QT+) Characteristic Profiler and Analyzer yang perlu dijawab. Antara capaian tafsiran data yang dinilai adalah terhadap Kemampuan dan Karakter Dalaman, Kerja Pengurusan yang boleh laksanakan berdasarkan Potensi, Bentuk Tugasan yang diminat dan juga Karakter Utama staf.

Ujian ini amat membantu pihak pengurusan untuk mengenalpasti kelebihan dan peribadi staf secara tepat secara keseluruhannya. Mekanisma terbaik boleh digarap bagi membantu setiap staf mencapai tahap kepuasan bekerja dan pembangunan kendiri serta sahsiah diri melalui penilaian ini.

Please publish modules in offcanvas position.