NEWS

School of Computing

"TEKNIK PERNAFASAN 4 – 7 – 8" MEMBANTU MENGURANGKAN STRESS DAN MENINGKATKAN KUALITI TIDUR PROGRAM INTERVENSI @ TASIK UNIVERSITI

 puncakvista

Pusat Pengajian Pengkomputeran dengan kerjasama Kelab Kebajikan SOC telah mengadakan Aktiviti Kecerdasan Melalui Program Berjalan Kaki ke Puncak Vista serta Program Intervensi @ Tasik Universiti pada 18 Januari 2024 yang lalu.

Program disertai seramai 25 orang yang terdiri daripada ahli kelab kebajikan SOC dan empat (4) pelajar praktikum SOC.

Peserta program mendapat tiga (3) manfaat hasil dari program yang telah diadakan di mana, berjaya menghabiskan 5,000 langkah dari perkarangan SOC ke Puncak Vista melalui laluan SOC – PSB – Mall – Inasis Maybank – Puncak Vista seterusnya ke Tasik Universiti dan berakhir di SOC.

Manakala Ustaz Mohd Yusnaidi Bin Md. Sabri selaku Pengetua Inasis Sime Darby juga turut serta memberikan tazkirah secara terbuka di Tasik Universiti dengan memberikan panduan dan penghayatan supaya berbuat baik sesama makhluk tidak merugikan malah memberikan manfaat kebaikan kepada semua. “Teruslah berbuat baik tanpa rasa jemu kerana kemanisan yang diterima dapat menenangkan jiwa yang berbolak balik” ujarnya.

Tiga (3) pelajar praktikum dari Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) turut berkongsi teknik pernafasan 4 – 7 – 8 untuk dipraktikan dalam kehidupan seharian bagi mengurangkan rasa cemas, panik dan stress. Secara ringkasnya, teknik pernafasan 4-7-8 bermaksud menyedut oksigen selama 4 saat, menahan nafas selama 7 saat, dan menghembus perlahan selama 8 saat. Jika anda mencari sesuatu yang mudah dilakukan tetapi memberi impak yang besar, maka teknik pernafasan 4-7-8 adalah jawapannya.

Antara objektif lain program ini adalah untuk mengeratkan ukhwah sesama staf SOC dan meningkatkan kualiti kesihatan dengan mengimbangi waktu kerja dan santai rehat dengan memberikan suntikan tahun baru dan azam baru sempena tahun 2024.

Please publish modules in offcanvas position.