Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), UUM CAS telah menjadi tuan rumah dalam penganjuran Pertandingan "Capture The Flag & Simposium Northern Region Rawsec Cybersecurity Awareness Tour (NErACA) 2023" di Bangunan SOC, UUM CAS baru – baru ini.
Pertandingan ini telah disertai seramai 108 orang pelajar yang mewakili Institut Pengajian Tinggi (IPT) seperti USM, UniMAP, UiTM cawangan Perlis, Politeknik Sultan Abdul Halim(POLIMAS) dan juga UUM. Para peserta merupakan pelajar dalam jurusan Sains Komputer dari setiap IPT di Wilayah Utara. Pada saringan akhir, UniMAP, UiTM Perlis dan UUM terpilih untuk berentap bagi merebut kejuaraan pertandingan Capture The Flag 2023.
Dalam pertandingan ini, UiTM Cawangan Perlis telah menjuarai manakala UniMAP memenangi tempat kedua dan tempat ketiga.
Dalam masa yang sama, berlangsung juga Simposium Northern Region Rawsec Cybersecurity Awareness Tour (NErACA) 2023 bertempat di Dewan Seminar UUM CAS.