NEWS

School of Computing

LEMBAGA GETAH MALAYSIA (LGM) DAN SOC RANCANG KERJASAMA BIDANG KEPAKARAN PERLADANGAN GETAH

 

newslembgetah

 

Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah mengadakan perbincangan bagi mengadakan jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi itu, baru-baru ini.

Kedatangan delegasi LGM diketuai Pengarah Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan, Mohd Nor Hasan disambut Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Madya Dr. Husniza Husni bersempena temuduga untuk calon jawatan Pegawai Teknologi Maklumat (F41) Kontrak dalam kalangan pelajar SOC yang mengkhususkan pelajar lepasan SOC bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut di LGM.

Pada pertemuan itu, kedua pihak berbincang utnuk mengadakan aktiviti penyelidikan berimpak tinggi khususnya dalam bidang teknologi maklumat berkaitan Internet Kebendaaan (IoT), kejuruteraan perisian dan menyediakan peluang latihan kepada pelajar SOC.

Selain itu, pihak LGM turut berminat dengan penawaran program pascasiswazah SOC, pelaksanaan projek tahun akhir pelajar SOC di LGM dan penyediaan Data Raya (Big Data) untuk LGM termasuk ‘Dashboard’ LGM.

SOC dan LGM berharap agar kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutama kepada pemegang taruh yang terdiri daripada pelajar, komuniti, universiti dan industri khususnya perladangan getah.