NEWS

School of Computing

SOC SEDIA PELUANG PERNIAGAAN UNTUK USAHAWAN FOOD TRUCK NEGERI KEDAH

 

newsfoodtruck

 

Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), UUM CAS melalui Jawatankuasa Keusahawanan dan dengan kerjasama Kelab Kebajikan Staf SOC telah mengadakan Program Keusahawanan Food Truck SOC baru-baru ini. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada usahawan Food Truck Negeri Kedah untuk berniaga di perkarangan Bangunan SOC. Program julung kali diadakan ini merupakan langkah pertama SOC membantu usahawan luar amnya dan para pelajar yang ingin menceburi bidang perniagaan.

Kehadiran para usahawan Food Truck yang menawarkan pelbagai jualan makanan dan minuman turut dimeriahkan dengan kehadiran syarikat-syarikat telekomunikasi, syarikat insuran, syarikat makanan kesihatan dan jualan komputer terpakai. Program ini juga turut melibatkan aktiviti Free Market yang telah mendapat sambutan yang mengalakkan. Matlamat penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada perancangan pihak SOC dalam memastikan para pelajar dapat didedahkan dengan elemen keusahawanan disamping dapat menceburkan diri dengan aktiviti perniagaan. Pihak SOC turut menyediakan kiok jualan kepada para pelajar yang ingin berniaga bertempat diperkarangan di DKG 4.