NEWS

School of Computing

SOC DAN MIMOS BINCANG JALIN KERJASAMA PINTAR

 

mimos

 

BERITA UUM ONLINE

Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) telah menerima kunjungan delegasi dari Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) Berhad yang diketuai Pengarah, Industry Engagement and University Collaboration, Parameswaran Ayahoo.

Kedatangan beliau bersama Pengarah, Wireless Communication & Sensor Tech, Dr. Pannirselvam Kanagaratnam disambut Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Madya Dr. Husniza Husni, mewakili Dekan SOC.

Kunjungan tersebut bertujuan bagi membincangkan tentang jalinan kerjasama pintar antara MIMOS dan SOC yang melibatkan penyelidikan bersama dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Selain itu, penyelidikan dan pembangunan produk-produk penyelidikan universiti, mobiliti staf akademik di MIMOS Berhad, latihan industri pelajar dan sebagainya.

Pihak MIMOS turut mengalu-alukan aktiviti penyelidikan berimpak tinggi khususnya dalam bidang teknologi maklumat berkaitan Internet Kebendaan (IoT) dan kejuruteraan perisian.

Pihak MIMOS berpuas hati dengan hasil perbincangan tersebut dan berharap agar kerjasama antara kedua pihak dapat memberi manfaat kepada pemegang taruh yang terdiri daripada pelajar, komuniti, industri serta universiti.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Synvue Sdn Bhd, Mr Richard C Joseph.