NEWS

School of Computing

SOC PTJ PERTAMA LAWATAN RASMI NAIB CANSELOR UUM KE-10 KE PUSAT PENGAJIAN

 

LawatanVC

 

15 Mei 2023 (Isnin), Tepat jam 9.30 pagi dengan kemeriahan sambutan Aidilfitri, SOC bertuah menjadi Pusat Pengajian Pertama YBrs. Prof. Dr Fuad Sahadan, Naib Canselor Ke-10 UUM mengadakan lawatan rasmi beliau yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama SOC.

Majlis berlangsung sempurna dengan kehadiran semua staf SOC yang melibatkan staf akademik dan staf pentadbiran.

SOC yang merupakan Pusat Pengajian Terbaik Universiti tahun 2022 akan diteruskan usaha bagi memartabatkan kualiti pembelajaran disamping pencapaian yang disusun oleh pihak Universiti tercapai, kata YBrs Prof Dr. Osman Ghazali Penolong Naib Canselor UUMCAS merakap Dekan SOC.

Sesi taklimat penerangan berkaitan SOC diteruskan oleh Prof. Madya Dr. Hasbullah Omar Timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa

Tanpa sokongan semua pihak dari pihak Pengurusan Universiti Amnya, Penjawat Utama SOC khususnya, mahupun kalangan staf akademik dan staf pentadbiran, pencapaian dan kecemerlangan setiapnya sukar digapai.

Kunci inilah yang diterapkan setiap warga SOC bagi memastikan Pusat Pengajian Terbaik UUM adalah Pusat Pengajian Pengkomputeran(SOC)