14 Februari 2023 – Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) meraikan pelajar-pelajar yang terlibat sebagai fasilitator kepada program Kem Motivasi dan Kerjaya Sek. Men. Keb. Dato’ Wan Mohd. Saman, Alor Setar pada 31 Januari dan 1 Februari 2023 serta pelajar yang menamatkan latihan praktikum di SOC. Mereka diraikan dalam satu majlis sederhana yang dihadiri oleh Dekan, Prof. Ts. Dr. Azham Hussain serta timbalan-timbalan dekan dan pengerusi program serta pensyarah yang terlibat dalam kem motivasi berkenaan.
Semarai 14 pelajar semester 3 program Sarjana Muda Sains Komputer, SOC terlibat iaitu Dayang Fatimah binti Zaki, Muhammad Syafiq bin Azhari, Suchira A/P Sumon, Nurul Shakirah binti Otsman, Fadzli Naim bin Jafyusri, Muhammad Iman Zulhakim Bin Mohd Zulkhori, Phiraphong A/L A Watt, Ahmad Azeem Bin Anuar, Azib Fikri bin Mohd Suhaimi, Noor Aisyah Hanum Binti Mohd Hisyam, Puteri Syasya Damia Binti Sham, Norshazlyn Idayu Binti Zaidi, Annatalie A/P Anand, dan Nurul Aqilah Binti Mohamad Na'in.
Kaunselor pelatih yang diraikan adalah Wafiqah binti Zahri, Nor Najihah binti Mehad, Intan Nur Syazrina binti Suhaimi, Intan Nur Liyana binti Suhaimi, Mohamad Amir bin Mudzakar Shah, dan Muhammad Zafri Rafiqi bin Che Ismail dari School of Applied Psychology, Social Work and Policy (SAPSP) yang juga fasilitator untuk program Kem Motivasi dan Kerjaya SMKDWMS. Selain itu, turut diraikan adalah Muhammad Aimanuddin Bin Abu Suhaimi juga dari SAPSP dan Nadia Masyitah dari UNIKL yang menamatkan latihan praktikum pada hari berkenaan.
Prof. Ts. Dr. Azham Hussain merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Beliau juga menyeru agar pelajar SOC mengambil peluang untuk terlibat dalam aktiviti khidmat komuniti untuk membantu masyarakat setempat serta meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan perlbagai golongan masyarakat.