NEWS

School of Computing

PENGANJURAN FORUM "CYBER SECURITY ISSUES, CHALLENGES, OPPORTUNITIES, AND SOLUTIONS FOR SMART SOCIETY"

 

ForumImageNews

 

Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) telah menganjurkan forum bertajuk “CYBER SECURITY ISSUES, CHALLENGES, OPPORTUNITIES, AND SOLUTIONS FOR SMART SOCIETY” pada 19hb Disember 2022.

Forum ini telah dihadiri oleh seramai 210 peserta (bersemuka dan atas-talian) yang terdiri daripada staf dan pelajar UUM serta peserta luar dari komuniti sekitar seperti guru-guru sekolah di sekitar Sintok dan Changlun, ahli Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Changlun, Kangar dan Tunjang.

Antara ahli panel forum ini ialah Dato' Ts Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, CEO Cybersecurity Malaysia yang juga merupakan Professor Adjung SOC, Mr. Junaidi Abdul Rani @ Abdul Ghani, Pengarah Bahagian Perancangan Ekonomi, Kedah, En. Iskandar Iskak, Pengarah Pemasaran Pendidikan, TM ONE dan Prof. Ts. Dr. Suhaidi Hassan, Pengerusi, Majlis Profesor UUM. Forum telah dimoderasikan oleh Prof. Dr. Osman Ghazali, SOC.
Perasmian forum telah disempurnakan oleh Dekan Pusat Pengajian Pengkomputeran, Prof. Dr. Ts. Azham Husain. Menurut beliau, SOC sering terlibat dalam pelbagai projek kerjasama dengan industri dan komuniti. Satu projek sedemikian ialah acara forum ini yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan peserta mengenai kepentingan keselamatan siber. Beliau berpendapat, forum ini adalah platform yang berpotensi untuk mewujudkan kesedaran dan membincangkan isu, cabaran, peluang dan penyelesaian keselamatan siber ke arah menjadi masyarakat pintar.

Kebanyakan peserta menyatakan bahawa mereka amat menghargai peluang untuk menghadiri forum ini kerana pengisiannya sangat relevan dengan keperluan masyarakat masa kini yang menuju kepada masyarakat pintar. Forum berakhir pada sekitar jam 12.45 tengah hari dengan pemberian cenderamata kepada para panelis dan moderator forum serta acara bergambar bersama panelis dan keseluruhan peserta yang menghadiri program tersebut.