UUM Online: Baru-baru ini, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Bahagian Pemantapan dan Pembangunan Profesional Pengkomputeran (CoPED), Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) telah menganjurkan Bengkel Latihan Panel Penilai Majlis Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAC), MBOT di UUM Sintok. Bengkel ini telah diadakan selama dua (2) hari bermula 3 hingga 4 Disember 2022 dan bertempat di DKG 4/1. Bengkel ini melibatkan penyertaan seramai 75 orang peserta yang terdiri daripada Panel Penilai Akreditasi Teknologi MBOT. Panel Penilai ini terdiri daripada para pensyarah daripada Universiti Awam, para pensyarah Politeknik dan para pegawai teknikal serta consultant daripada pelbagai agensi dan industri seperti TNB dan sebagainya. Para penceramah dan tenaga pengajar yang terlibat di dalam bengkel ini adalah Yang Berusaha Prof. Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed, Pengarah Sekretariat Akreditasi Teknologi Teknikal (TTAS) yang juga merupakan Timbalan Naib Canselor (HEPA), Universiti Malaysia Pahang dan Yang Berusaha Ts. Dr. Nor Aznan Mohd Nor, Timbalan Pengarah Sekretariat Akreditasi Teknologi dan Teknikal (TTAS).
Penganjuran bengkel seperti ini tentunya dapat menjalin kolaborasi strategik diantara pihak CoPED, SOC dengan pihak MBOT. Penganjuran bengkel Ini juga dapat menyokong agenda dan matlamat dalam Pelan Strategik UUM Tahun 2022 dari aspek penjanaan pendapatan dan kerjasama dengan agensi luar melalui Teras T3D1C4: Number of community / industry practitioners engaging with university, T3D2P2: Number of activities with industry partners dan T3D2P6: Number of high-impact programmes involving collaboration between schools and industries.
Sepanjang bengkel ini berlangsung, Pihak MBOT dan para peserta amat berpuashati dengan kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh pihak UUM dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SOC atas segala komitmen dan bantuan yang menjadikan bengkel dapat berjalan dengan lancar.
Tamat.