NEWS

School of Computing

Pertemuan dengan Pengetua dan Guru-guru Sekolah Mengengah Kebangsaan Datuk Wan Mohd Saman (SMKDWMS)

 

NewsSMKDWMS

 

Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) sangat berbesar hati kerana berpeluang manabur bakti kepada masyarakat dan penduduk di sekitar Kedah melalui program komuniti UUM iaitu Membina Kesejahteraan Rakyat (MEKAR).

Program ini adalah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah di bawah program induk Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti Dan Pihak Swasta Dalam Pendidikan (PIBKS). Sekolah angkat SOC adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Wan Mohd Saman (SMKDWMS), Alor Setar. Sekolah ini berada dalam kawasan komuniti Kampung Kebun Pinang Mukim Pengkalan Kundor, Daerah Kota Setar.

Satu pertemuan telah dibuat antara pihak SOC dengan SMKDWMS yang diketuai olehg Pengetua Encik Ahmad Zaini Ramli serta turut dihadiri oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Hamidah Aziz, Penolong Kanan Pendidikan Khas Puan Jaslin Jamaludin serta guru-guru. SOC pula diketuai oleh Dekan Prof. Ts. Dr. Azham Hussain dan disertai oleh semua timbalan dekan, pengerusi program dan ketua-ketua jawatan kuasa dan makmal penyelidikan. Lawatan uni bertujuan untuk berkenalan dan mendapatkan gambaran dan latar belakang sekolah serta masalah yang dihadapi.