NEWS

School of Computing

Kampung Kebun Pinang – Kampung Angkat Pusat Pengajian Pengkomputeran, UUM

 

NewsKpgAngkatSOC

 

Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) sangat berbesar hati kerana berpeluang manabur bakti kepada masyarakat dan penduduk di sekitar Kedah melalui program komuniti UUM iaititu Membina Kesejahteraan Rakyat (MEKAR).

Program ini adalah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah di bawah program induk Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti Dan Pihak Swasta Dalam Pendidikan (PIBKS). Sekolah angkat SOC adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Wan Mohd Saman (SMKDWMS), Alor Setar. Sekolah ini berada dalam kawasan komuniti Kampung Kebun Pinang Mukim Pengkalan Kundor, Daerah Kota Setar.

Satu pertemuan telah dibuat antara pihak SOC dengan wakil penduduk Pn Che Hawa Binti Madun – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kebun Pinang. Pertemuan ini disertai oleh semua Timbalan Dekan SOC iaitu Dr. Mohd Hasbullah (A&A), Dr. Mohamad Fadli (HEPA) dan Dr. Norliza (P&I) serta Penolong Pendaftar, En. Mohd. Khairi. Pertemuan kali pertama ini adalah untuk menyampaikan hasrat dan mendapatkan gambaran mengenai penduduk setempat, kemudahan yang ada serta masalah yang mereka hadapi. Secara umumnya, pertemuan ini berhasil untuk merancang aktiviti yang sesuai khususnya membantu penduduk Kampung Kebung Pinang dalam aktiviti ekonomi dan sosial.

Justeru, melalui program serampang dua mata ini, aspek pendidikan dan ekonomi penduduk setempat dapat dibuat sekali gus mendekatkan lagi masyarakat dengan UUM. Program ini akan mengembleng tenaga pesyarah-pensyarah, yang mana mereka akan turun membantu penduduk kampung dan sekolah dengan kerjasama beberapa rakan strategik yang lain bagi memahami masalah penduduk sama ada ekonomi, sosial dan sebagainya.

Please publish modules in offcanvas position.