Pada 6 Julai 2022 (Rabu), satu program yang dikenali sebagai “Youth Leadership Camp - Unleashing Your Potential” telah berjaya dijalankan hasil kerjasama dengan Sekolah Kebangsaan Telaga Mas, Pokok Sena dan Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) melalui Kelab I-tech UUM dan Jawatan Kuasa Seminar dan Latihan. Program yang dilaksanakan secara bersemuka telah disertai oleh kira-kira 80 orang peserta secara bersemuka yang terdiri daripada pelajar-pelajar SK Telaga Mas yang dibantu oleh para fasilitator dalam kalangan ahli-ahli kelab I-tech UUM.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk perkongsian ilmu pengetahuan tentang peranan dan tanggungjawab sebagai ketua yang ingin dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi. Program ini juga adalah sangat bertepatan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Teras ke-4, 8, 9, dan 17 yang telah dicapai melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung.
Perkongsian ilmu ini diakhiri dengan sesi rumusan yang dikendalikan oleh pengarah projek dimana intipati matlamat program telah dirumuskan secara keseluruhan dan mendapat maklumbalas positif daripada para peserta. Majlis berlangsung dengan penuh ceria dengan gelak ketawa para pelajar yang kelihatan begitu seronok dan teruja dengan pengisian aktiviti yang telah dijalankan.
Sekian.