NEWS

School of Computing

Lawatan Susulan ke SMKDWMS

 

NewsSusulanSMKDWMS

 

Lanjutan daripada lawatan yang dibuat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Wan Mohd Saman (SMKDWMS) pada 29 September 2022, beberapa aktiviti telah dirancang oleh Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) melalui Jawatankuasa MEKAR yang diselaraskan oleh Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Madya Ts. Dr. Norliza Katuk. Jawatankuasa ini telah mencadangkan aktiviti kelas Bahasa Inggeris dan Matematik, program pertanian hidroponik kepada pelajar pendidikan khas, program keusahawanan muda dan digital, dan kem motivasi dan kerjaya dengan pelajar tingkatan lima yang akan menduduki peperiksaan.

Justeru, satu pertemuan susulan telah dibuat antara pihak SOC dengan SMKDWMS yang diketuai olehg Pengetua Encik Ahmad Zaini Ramli serta turut dihadiri oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Hamidah Aziz, Penolong Kanan Pendidikan Khas Puan Jaslin Jamaludin dan Penolong Kanan Pentadbiran Puan Azimah Mahmud. SOC pula disertai Dr. Norliza selaku penyelaras projek, Dr. Mohd. Hasbullah Omar, Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa, Dr. Mohamad Fadli Zolkipli, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serta Encik Mohd. Khairi Jaafar, Penolong Pendaftar Kanan SOC. Pertemuan kedua pada 4 Disember 2022 ini membincangkan tentang perlaksanaan program yang dicadangkan serta pembentukan jawatankuasa kecil yang akan melaksanakan program ini.