NEWS

School of Computing

Lawatan Susulan ke Kampung Kebun Pinang – Kampung Angkat Pusat Pengajian Pengkomputeran, UUM

 

NewsSusulanKKP

 

Satu lawatan susulan ke Kampung Kebun Pinang telah diadakan pada 4 Disember 2022 untuk membincangkan lebih lanjut mengenai aktiviti komuniti yang akan dijalankan dengan penduduk dan komuniti setempat. Deligasi Pusat Pengajian Pengkomputeran disertai oleh semua Timbalan Dekan Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) iaitu Dr. Mohd Hasbullah (A&A), Dr. Mohamad Fadli (HEPA) dan Dr. Norliza (P&I) serta Penolong Pendaftar, En. Mohd. Khairi.

Pertemuan ini telah diadakan di kediaman Pn Che Hawa Binti Madun – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kebun Pinang. Sesi perbincangan kali ini melihat peluang-peluang yang ada untuk membantu penduduk untuk mencari penyelesaian kepada masalah capaian Internet yang perlahan. Selain itu, SOC juga berhasrat untuk membantu pesawah di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) untuk mengunakan teknologi digital dalam pengurusan bendang masing-masing. Aktiviti lain yang dicadangkan adalah untuk mengadakan program keluarga angkat yang terdiri daripada pelajar UUM yang terpilih, serta pensyarah dan pelajar dari universiti rakan antarabangsa dari Indonesia. Program ini bertujuan untuk memberikan pengalaman pertukaran budaya antara masyarakat setempat dengan pelajar dan peserta dari Indonesia.