NEWS

School of Computing

KURSUS PEMASARAN PRODUK KOPERASI ATAS TALIAN PROGRAM KOLABORASI SKM-UUM ZON UTARA

 

NewsSKM

 

Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) telah menganjurkan program kerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk melaksanakan Kursus Pemasaran Produk Koperasi Atas Talian. Program kerjasama SKM-UUM ini adalah julung kali diadakan selepas kedua-dua pihak menandatangani MoU pada Jun.

Program ini telah dijalankan pada 21 dan 22 November 2022 bertempat di EDC Hotel UUM. Seramai 46 peserta mengikuti bengkel ini yang terdiri daripada ahli lembaga koperasi dari Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Selain itu, program ini melibatkan 14 pegawai dari SKM yang meliputi Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan, SKM Kedah, SKM Pulau Pinang dan SKM Perlis.

Matlamat program ini adalah untuk mendedahkan peserta mengenai proses perniagaan menggunakan platfom jualan atas talian dan seterusnya membimbing mereka membuka kedai atas talian Shopee Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Zazali Haron, Pengerusi Eksekutif, SKM dibiayai sepenuhnya oleh SKM.

SOC menawarkan pelbagai kursus dan latihan jangka pendek kepada golongan pelajar, profesional dan masyarakat setempat untuk mempelajari pelbagai ilmu digital yang diperlukan pada hari ini seperti pemasaran produk atas talian, ekonomi digital, kursus pensijilan keselamatan siber, pembangunan laman web dan analisa data. Hubungi This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk mengetahui kursus terkini yang di tawarkan.

Please publish modules in offcanvas position.