NEWS

School of Computing

RENESAS SEMICONDUCTOR MALAYSIA JEPUN BERMINAT JALINKAN KERJASAMA DENGAN PUSAT PENGAJIAN PENGKOMPUTERAN (SOC)

 

news291122

 

Seramai 3 wakil utama dari syarikat Renesas Semiconductor Malaysia Sdn. Bhd telah melakukan kunjungan rasmi mereka ke Universiti Utara Malaysia yang diketuai oleh Encik Mitsuru Ota selaku Presiden dan ditemani oleh pengarah dan pengurus sumber manusia syarikat tersebut iaitu Encik Junaidi Mohamad dan juga Cik Lim Seong Ghee.

Dalam sesi kunjungan tersebut, tetamu telah diraikan oleh Dekan Sekolah Pengkomputeran iaitu YBrs. Prof. Ts. Dr. Azham Husain bersama barisan pentadbiran utama serta pensyarah Sekolah Pengkomputeran iaitu Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Mohamed Fadli bin Zolkipli, Timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa,Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Hasbullah bin Omar, Pengarah Akademik Golf,Prof. Madya Dr. Azman bin Yasin, Prof. Madya Dr. Massudi bin Mahmuddin, Dr. Hapini bin Awang dan Dr. Mohamad Sabri bin Sinal @ Zainal selaku perantara bagi pihak UUM dan juga syarikat Renesas Semiconductor Malaysia Sdn. Bhd.

Dalam sesi perbincangan ini, pelbagai peluang kerjasama telah diterokai bersama seperti peluang menjalinkan kerjasama penyelidikan antara universiti dan industri, peluang perkongsian dan pertukaran teknologi, usahasama projek komuniti universiti bersama industri, serta peluang-peluang pekerjaan dan latihan industri yang boleh memberikan manfaat kepada para pelajar UUM.

Dalam sesi lawatan ini juga, tetamu turut dibawa melihat sendiri kehidupan dan fasiliti di dalam kampus utama UUM. Diharap sesi perbincangan julung kali ini akan mencetus peluang-peluang baru kepada UUM dan Renesas Semiconductor Malaysia Sdn. Bhd dalam membentuk dan membina generasi negara bangsa yang berjaya serta memacu UUM dan negara kearah lebih berdaya saing di peringkat global.