Pada 16 Oktober 2022, satu lawatan sambil belajar telah berlangsung melibatkan 64 orang pelajar Pusat Asasi Pengurusan Universiti Utara Malaysia (PAPUUM) ke Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC). Lawatan bermula dengan sesi taklimat oleh Prof. Madya Dr. Hazlyna Harun di Dewan Seminar CAS. Taklimat tersebut berlangsung selama satu jam iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 9.30 pagi.
Seterusnya, lawatan diteruskan dengan melawat MCMC-UUM MakerSpace Laboratory bersama Encik Suwannit Chareen Chit. Pelajar didedahkan dengan hasil kajian-kajian berkaitan komuniti yang telah dilakukan di SOC. Lawatan diakhiri dengan sesi taklimat terakhir berkenaan Demonstrasi teknologi Internet of Things (IOT) oleh Encik Ahmad Hanis. Sesi taklimat akhir tersebut berlangsung selama satu jam iaitu dari pukul 10.30 pagi hingga 11.30 pagi.
Pelajar bersurai setelah selesai sesi lawatan sambil belajar tersebut. Diharapkan agar lawatan ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).