NEWS

School of Computing

AWARENESS RAISING EVENT AND EDUCATIONAL WORKSHOP

 

newsiasdo

 

PROGRAM “ROLES OF GIS AND ITS APPLICATION TOWARDS SUSTAINABLE DISASTER MANAGEMENT”

Pada 21-22 Ogos (Ahad-Isnin), satu program tentang “Roles of GIS And Its Application Towards Sustainable Disaster Management” telah berjaya diadakan hasil kerjasama Institute for Advanced and Smart Digital Opportunities (IASDO), Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) dan Karabuk University, Turki bertempat Bilik Mesyuarat Utama (BMU), Pusat Pengajian Pengkomputeran. Program yang dilaksanakan secara bersemuka telah disertai oleh kira-kira 30 orang peserta secara bersemuka dan lebih 200 orang secara atas talian, yang terdiri daripada pelajar pascasiswazah,staf akademik, pengamal bidang dan komuniti setempat.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk perkongsian ilmu pengetahuan tentang Roles of GIS And Its Application Towards Sustainable Disaster Management kepada pelajar-pelajar pascasiswazah di Pusat Pengajian Pengkomputeran khususnya dan kepada daripada pelajar pascasiswazah,staf akademik, pengamal bidang dan komuniti setempat.

Program ini juga adalah sangat bertepatan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Teras ke-4, 11, 13 dan 17 yang akan dicapai melalui aktiviti ini seperti berikut (a) Teras ke-4: Pendidikan Berkualiti. Teras ini bertujuan untuk menjamin pendidikan menyeluruh dan ekuiti serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua, (b) Teras ke-11: Bandar dan Masyarakat Mampan. Teras ini bertujuan untuk menjadikan bandar dan petempatan manusia menyeluruh, selamat, kukuh dan mampan, (c) Teras ke-13: Tindakan Terhadap Iklim. Teras ini bertujuan untuk mengambil tindakan segera untuk menangani perubahan iklim serta kesannya dengan mengawal pengeluaran gas rumah hijau dan menggalakkan pembangunan tenaga boleh diperbaharui, dan (d) Teras ke-17: Kerjasama demi Matlamat. Teras ini bertujuan untuk menguatkan cara pengamalan dan menggiatkan kerjasama antarabangsa demi pembangunan mampan.

Perkongsian ilmu ini diakhiri dengan sesi soal jawab dimana para peserta sempat bertanya beberapa soalan berkaitan Roles of GIS And Its Application Towards Sustainable Disaster Management. Diakhir majlis, semua peserta sempat bergambar sebagai kenangan.

Sekian.

Please publish modules in offcanvas position.