NEWS

School of Computing

LAWATAN SOC MENJALIN JARINGAN BERSAMA SEKTOR PENDIDIKAN, INDUSTRI & USM

 

socusm

 

29.09.2022  - Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) menyahut seruan YBrs. Naib Canselor dengan mengadakan kerjasama Industri, pendidikan bagi peringkat sekolah & institusi pendidikan.
Dengan perancangan singkat pihak SOC terus mengadakan lawatan kerja ke SMK DATO MOHD SAMAD (SMKDMS), KISMEC & USM. Lawatan ini dijadikan permulaan bagi menjalinkan usahasama dalam bidang pengajian & kepakaran SOC untuk dikongsi diperingkat sekolah bagi mencari langkah menarik minat pelajar pada bidang it & ilmu pengetahuan.

Selanjutnya lawatan ke KISMEC mewujudkan jaringan industri dgn pusat pengajian dalam melahirkan graduan berkualiti & menepati kehendak industri semasa.

Seterusnya kerjasama diantara Pusat Pengajian Sains Komputer USM adalah kemuncak objektif lawatan ini dgn mendapatkan bimbingan & perkongsian kejayaan bagi meningkatkan kualiti SOC pelbagai bidang diperingkat negara mahupun antarabangsa. Penyusunan langkah ke arah kecemerlangan telah disusun.