NEWS

School of Computing

LAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI) KE SOC BERI DORONGAN UNTUK TERUS CEMERLANG DALAM PENYELIDIKAN, PERUNDINGAN DAN PENERBITAN

 

NewsLawatan

 

Pada 12 September 2022 (Isnin), Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) telah menerima lawatan oleh YBrs. Prof Dr. Russayani Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UUM. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memantau kemudahan makmal-makmal penyelidikan di bawah seliaan pihak SOC.

Ucapan aluan dan taklimat ringkas telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Ts. Dr. Azham Hussain, Dekan SOC. Sesi taklimat ini turut dihadiri oleh Timbalan-timbalan Dekan, Profesor, para Penjawat SOC, Ketua-ketua Makmal Penyelidikan, para staf akademik dan staf pentadbiran SOC.

Pertemuan ini telah berlangsung dalam suasana santai dan sesi interaksi turut diadakan antara TNC P&I dengan para pengurus makmal penyelidikan SOC. Lawatan ini juga dapat merapatkan lagi hubungan diantara pihak pengurusan universiti dan Pusat Pengajian bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kepada para pemegang taruh (stakeholder) disamping seiring dengan usaha kearah pencapaian KPI universiti dalam bidang penyelidikan, perundingan dan penerbitan.