Jawatankuasa Penerbitan SOC telah menganjurkan bengkel penulisan buku teks yang memfokus kepada tiga kumpulan yang dijangkan dapat menerbitkan buku mereka tahun ini iaitu buku teks untuk kursus Pengaturcaraan 1, Aplikasi Komputer dalam Pengurusan, dengan Pengenalan Kepada Kepintaran Buatan. Projek penulisan buku teks ini diketuai oleh Dr. Shafinah, Dr. Noradila dan Puan Nur Azzah. Bengkel in telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 13 dan 14 September 2022 di BMU, BME2, dan BME3. Matlamat bengkel ini adalah untuk membantu kumpulan penulis yang terlibat untuk menumpukan perhatian terhadap penulisan buku masing-masing dan seterusnya dapat menerbitkan buku teks pada tahun 2022. Ia juga bertujuan untuk membantu proses pembelajaran pelajar dengan mempunyai buku teks yang lengkap dan seterusnya meningkatkan kefahaman mereka dalam kursus yang berkaitan.