NEWS

School of Computing

KAYUHAN MERDEKA SOC MEMBAKAR SEMANGAT KEMERDEKAAN WARGANYA

 

KAYUHAN MERDEKA SOC

 

SOC ONLINE: Pada 25 Ogos 2022 (Khamis), Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) telah mengadakan kayuhan sempena bulan kemerdekaan peringkat SOC. Pihak SOC sentiasa peka dan prihatin terhadap kualiti kesihatan setiap warganya disamping ia melengkapkan Perancangan Strategik Universiti bagi teras T5D2L10: ‘Number of wellness programmes’.

Kayuhan ini disertai seramai 25 orang staf yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim selain membudayakan gaya hidup sihat sebagai norma kehidupan seharian. Program ini turut disertai para pelajar pratikum di SOC.

Aktiviti riadah seperti ini merupakan aktiviti bulanan SOC yang telah disusun bagi menjamin tahap kesihatan staf berada dalam keadaan baik disamping bersama-sama pusat pengajian mencapai kecemerlangan demi kecemerlangan pada masa kini dan akan datang.

Please publish modules in offcanvas position.