NEWS

School of Computing

I-RIA 2022 IKTIRAF 161 PEREKA CIPTA KREATIF

 

iria news

UUM ONLINE: Selari dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara berdigital yang makmur dan berdaya tahan, Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) telah menganjurkan Innovative Research, Invention and Application Exhibition 2022 (I-RIA2022) secara maya, baru-baru ini.

Perasmian secara maya telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato' Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail.

Menurut beliau, dengan tema 'Humanizing Today’s Technology for a Resilient Future', I-RIA2022 menjadi platform pameran kepada penyelidikan, ciptaan dan isu inovasi, aplikasi dan teori yang berkaitan dengan Sains dan Teknologi.

Katanya, inovasi adalah penting untuk kemajuan masyarakat kerana ia menyelesaikan pelbagai masalah sosial dan meningkatkan keupayaan masyarakat untuk bertindak.

"I-RIA 2022 menyediakan platform inklusif untuk orang ramai terutamanya dari masyarakat luar bandar untuk mempamerkan idea dan inovasi mereka di mata dunia.

"Penganjuran pameran ini juga adalah selaras dengan tema I-RIA2022 untuk menjadikan teknologi hari ini lebih manusiawi untuk mencipta masa depan yang lebih berdaya tahan. Teruskan berinovas!" ujar beliau.

I-RIA siri ke-7 ini menyaksikan 161 kumpulan pereka cipta yang mempertandingkan hasil inovasi masing-masing yang disiarkan secara maya di laman Facebook SOC di https://www.facebook.com/socuummy

I-RIA merupakan progam tahunan SOC sejak 2015 dan merupakan satu wadah untuk pereka cipta dalam sains dan teknologi, khususnya pelajar untuk mempamerkan hasil inovasi terkini kepada pihak berkepentingan bagi tujuan pengiktirafan, pengkomersialan dan kerjasama.

Selain memberi pengiktirafan kepada hasil inovasi pereka cipta, penganjuran I-RIA secara tidak langsung menyokong inisiatif ‘Malaysia Digital’ yang baru dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 4 Julai lalu.

Malaysia Digital adalah inisiatif strategik nasional untuk menggalakkan dan menarik syarikat, bakat dan pelaburan baru, di samping mempertingkatkan peranan ahli perniagaan dan rakyat Malaysia dalam digital ekonomi global.

Keunikan I-RIA pada tahun ini ialah ia menggunakan platform Gathertown yang mengadaptasikan konsep 'metaverse' di mana peserta berinteraksi secara maya menerusi watak-watak kartun di dalam bilik maya tertentu yang duduk di kerusi yang disediakan, seakan-akan berada dalam dewan pertandingan sebenar.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan di I-RIA2022 iaitu Institut Pengajian Tinggi, Terbuka dan Antarabangsa serta Sekolah.

Manakala tujuh anugerah utama I-RIA disediakan iaitu I-RIA 2022 Platinum Award, Special Award I-RIA 2022 For Innovation (Open & Higher Institution), Special Award I-RIA 2022 For Young Inventor, Special Award I-RIA 2022 For Best Video, Special Award I-RIA 2022 For Best Project (Higher Institution & School) dan satu anugerah baru Special Award I-RIA 2022 For Best FYP. Selain itu, tujuh anugerah khas dipersembahkan dengan tajaan oleh institusi akademik luar dan industri.

Lapan produk inovasi dari UUM turut meraih kejayaan menerusi anugerah khas iaitu Special Award I-RIA 2022 For Innovation (Higher Institution) bagi Projek UUM Smart Food Bank, Special Award I-RIA 2022 For Best Video (Projek Smart Laundry System), Special Award I-RIA 2022 For Best FYP (Projek Smart Laundry System), Special Award dari Innovation & Commercialization Centre (ICC) UUM (Projek REV-OPOLY ON THE GO), Special Award dari Akademi STEM UUM (Projek EKUPANG: Learning Mathematics Creatively Using Digital Kuda Kepang), Special Award dari IEEE Computational Intelligence Society Malaysia Chapter (Projek WhatsApp Analyzer) dan dua projek memenangi Special Award from Centre Of Excellence On Advanced Computing, UNIMAP (Projek CV/Resume Builder (Upload And Download Files) and Job) dan Projek Outlier Detection In Water Quality Based On Local Outlier Factor and Isolation Forest.

Selain itu, sebanyak 27 produk inovasi UUM juga berjaya memenangi pingat emas.

Keputusan penuh pertandingan boleh dilihat di laman web I-RIA 2022 https://i-ria.my/2022/