Pada 22 Jun 2022 SOC dikhabarkan tentang seorang pelajar SOC sedang menerima rawatan paru – paru berair di Hospital Sultanah Bahiyah.
Sejurus itu, pihak kelab kebajikan mengambil insiatif untuk menggerakkan tabung kutipan segera yang dinamakan ‘’SOC PRIHATIN PELAJAR : MUHAMMAD RIDZWAN ZAINI’’.
Dengan sifat keprihatinan warga SOC yang sentiasa bersama-sama bersimpati atas sebarang musibah berlaku termasuk kepada pelajar ini. Dalam tempoh 11 hari jumlah hasil sumbangan tabung ‘’SOC PRIHATIN PELAJAR : MUHAMMAD RIDZWAN ZAINI’’ adalah RM 810.00. Semoga dengan sumbangan warga SOC dilipat ganda pahala dan dipermudah segala urusan setiap warga berserta ahli keluarga sentiasa dalam keberkatan dari tuhan.
Keringanan tangan dan tidak berkira untuk menyumbang adalah merupakan sikap dikalangan setiap staf SOC dan menjadikan program seperti ini mudah dan mencapai objektif yang ditetapkan. Sekian.
#WARGA CERIA SOCEMERLANG