PROGRAM BUAL BANTU PENULISAN - KAJIAN TINDAKAN BERIMPAK TINGGI
Satu program perkongsian ilmu dam bimbingan berterusan (continuous supports) bersama guru-guru sekolah rendah dan menengah di Cameron Highlands serta Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands (PPDCH) telah berjaya diadakan bermula 1 Mei hingga 1 Ogos 2022 hasil Kerjasama Institute for Advanced and Smart Digital Opportunities (IASDO), Institute of Excellent Teachers and Leaders in Education (IETLE), Centre for Testing, Measurement, and Appraisal (CeTMA), dan Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands. Fasa pertama program yang dilaksanakan secara dalam talian menerusi platform Zoom telah disertai oleh kira-kira 21 orang peserta, yang terdiri daripada 18 orang guru dan 3 orang pegawai PPDCH sebagai mentor.
Perkongsian ilmu kali ini telah disampaikan oleh Dr. Hapini Awang (IASDO), Dr. Nur Suhaili Mansor (IASDO), Dr. Mohd Faiz Mohd Yaakob (IETLE), Dr. Mat Rahimi Yusof (IETLE), Dr. Saadi Ahmad Kamaruddin (CeTMA, UUM), Dr. Nasaruddin Abdullah dari Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Puan Nurulhuda Salim Lim dari PPDCH, yang merupakan fasilitator kepada program Kajian Tindakan ini. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi bimbingan kepada guru-guru untuk menghasilkan penulisan kajian Tindakan berimpak tinggi.
Program yang dilaksanakan ini adalah sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Teras ke-4 (SDG4): Menjamin pendidikan menyeluruh dan ekuiti serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua; dan Teras ke-17 (SDG17): Menguatkan cara pengamalan dan menggiatkan kerjasama antarabangsa demi pembangunan mampan.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para guru-guru yang terlibat dimana sesi interaktif dapat dilihat sepanjang program berlangsung. Guru-guru dapat menimba ilmu yang berguna daripada pengalaman fasilitator-fasilitator berkaitan kajian Tindakan. Selain pengalaman, fasilitator-fasilitator juga ada berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan dan cara bagaimana untuk menjadi seorang penulis berimpak tinggi yang baik dan mengikut kehendak kriteria kajian tindakan.
Perkongsian ilmu ini diakhiri dengan sesi soal jawab dimana para guru-guru sempat bertanya beberapa soalan. fasilitator-fasilitator menyambut soalan pelajar dengan baik dan menerangkan dengan penuh teliti dan berinformasi. Di akhir majlis, semua peserta sempat bergambar sebagai kenangan.
Disediakan oleh:
Institute for Advanced and Smart Digital Opportunities (IASDO), 2022