Institute of Advanced and Smart Digital Opportunities (IASDO) telah menerima kunjungan lawatan dari Department of Information Technology (IT), Universiti Fatoni Thailand. Ahli kunjungan tersebut terdiri daripada lapan orang pelajar jurusan IT dan turut diiiringi oleh empat orang pensyarah.
Tujuan utama lawatan tersebut diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pencapaian pelajar Universiti Fatoni yang sedang menjalani program internship di IASDO. Pelajar tersebut telah diberikan tanggungjawab untuk membangunkan aplikasi ‘crowdsourcing services’ di bawah penyeliaan Puan Musyrifah Mahmod, Felo Bersekutu IASDO.
Prof Madya Dr Azizah Ahmad, Pengarah IASDO mengambil peluang ini untuk turut memperkenalkan serta menceritakan peranan IASDO sebagai sebuah pusat penyelidikan di UUM yang memberikan fokus terhadap topik ‘Internet of Things’, ‘Mobile Application’ and ‘Digital World’. Selain itu, perkenalan ringkas oleh pensyarah Universiti Fatoni tentang latar belakang fakulti serta pengkhususan yang diajar di Universiti Fatoni turut menjadikan lawatan tersebut lebih menarik.
Pihak IASDO menjemput pihak Universiti Fatoni untuk meneruskan program pertukaran pelajar dan menguatkan lagi jalinan antara UUM dan Universiti Fatoni dengan mewujudkan hubungan kolaborasi penyelidikan antara kedua-duanya. Pengarah IASDO berharap agar hubungan UUM dan Universiti Fatoni dapat diteruskan pada masa hadapan terutamanya bagi penghasilan produk penyelidikan yang bermanfaat untuk komuniti.
Sekian.