Institute for Advanced and Smart Digital Opportunities (IASDO), Pusat Pengajian Pengkomputeran (SoC), Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menjalankan projek penyelidikan translasional (translational research) bersama YB Nor Saidi Nanyan, ADUN Kuah, Langkawi telah membentangkan dan berkongsi projek penyelidikan aplikasi MyNelayan di Langkawi kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak selepas pelancaran Digital Langkawi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri baru-baru ini.
Projek penyelidikan ini mendapat kerjasama penuh dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Langkawi serta Persatuan Nelayan Langkawi.
UUM yang diwakili oleh Pengarah IASDO, Prof Madya Dr Azizah Ahmad serta penyelidik yang terlibat iaitu Suwannit Chareen Chit a/l Sop Chit dan Ahmad Hanis Mohd Shabli dari SoC telah mempamerkan penggunaan aplikasi MyNelayan@Langkawi bersama booth pameran Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
Suwannit berkata, MyNelayan@Langkawi merupakan satu aplikasi mudahalih pintar yang mengubah kaedah perniagaan.
" Aplikasi ini akan dikomersilkan bermula di Langkawi dan seterusnya akan diperluaskan penggunaannya ke seluruh negara. Melalui aplikasi ini, nelayan dapat memasarkan hasil tangkapan laut terus kepada pengguna dengan mudah dan cepat manakala pengguna di Langkawi pula boleh mendapatkan hasil laut yang segar dengan harga yang berpatutan.
"Selain itu, aplikasi ini juga membantu agensi-agensi berkaitan dalam menyalurkan informasi terkini kepada nelayan," jelasnya
Tambahnya lagi projek penyelidikan yang dijalankan ini juga selaras dengan saranan kerajaan dalam sektor penyelidikan untuk berganjak daripada ‘membudayakan penyelidikan’ kepada ‘penyelidikan yang boleh memberi manfaat terus kepada masyarakat.’
Turut hadir pada pameran tersebut Prof. Dr. Huda Haji Ibrahim, Penolong Naib Canselor CAS selaku Dekan SoC.